~assalamualaikum~
Tajuk tazkirah ataupun motivasi yg aku nk share ngn korang ni ialah "Bahaya Cinta Nafsu". Baca, jgn x baca!
Cinta itu adalah anugerah daripada ALLAH kepada semua makhluk ciptaannya. Allah menciptakan segala sesuatu itu secara berpasangan (surah Ar-rum ayat 21) iaitu lelaki dengan perempuan dengan tujuan agar mereka mengisi kekurangan dan kelebihan di antara mereka yang pada akhirnya akan tumbuh cinta dalam hati mereka. Cinta dapat membawa keberkatan jika kita boleh mengarahkannya ke jalan yang diredai oleh Allah s.w.t, tetapi cinta juga boleh membawa kita kepada petaka,malah menjerumuskan kita ke lembah kemaksiatan dan jauh daripada norma Islam.
Bercinta janganlah mengikut nafsu semata-mata, tetapi ia perlu berasas kepada agama dan batas Islam. Ada beberapa kerosakan akibat cinta nafsu, yang pertama ialah lupa mengingati Allah kerana mereka sibuk mengingati makhluk-Nya. Kedua, melupakan agama. Tidak ada orang yang paling mensia-siakan agama dan dunia melebihi orang yang sedang dirundung nafsu. Ia mensia-siakan agamanya kerana hatinya lalai untuk beribadah kepada Allah s.w.t.
Ketiga, mengundang bahaya. Bahaya dunia dan akhirat lebih cepat menimpa orang yang dirundung cinta nafsu melebihi kecepatan api membakar kayu kering. Keempat, syaitan akan menguasai diri. Jika kekuatan syaitan menguasai seseorang, ia akan merosakkan akalnya dan memberikan rasa was-was. Perkara yang paling berharga bagi manusia ialah akalnya yang dapat membezakan manusia dan haiwan.
Kelima, kurang kepekaan. Cinta nafsu boleh merosak indera atau mengurangi kepekaan. Apabila diri penuh dengan doasa maka hati akan rosak. Ertinya, ia akan melihat yang buruk pada diri orang yang dicintainya secara nafsu itu sebagai sebuah kebaikan atau sebaliknya.
Imam Ahmad pernah menyebut: "Cintamu kepada sesuatu membutakanmu dan membuatmu tuli"
Ibnu Abbas berdoa dan meminta perlindungan daripada Allah s.w.t bagi orang yang terkena cinta buta(isyq) sepanjang hari bagi menghilangkan penyakit isyq. Kita perlu berfikir secara lebih dewasa dalam apa jua tindakan yang kita lakukan. Jangan bemain-main dalam menangani masalah yang serius.
Wahai sahabatku yang digelar remaja, mulai sekarang tumbuhkan rasa cinta kita kepada ilmu agama, seperti belajar dengan tekun sehingga kita memahaminya serta mengamalkannya dalam kehidupan kita seharian. Semoga kita tidak tergoda dengan cinta nafsu, cinta yang membunuh kita di dunia.
p/s: renung2kan lah apa yg kita lakukan sekarang..
petikan dipetik dari : suratkhabar METRO hari jumaat (14/10/2011)
-Salam- :)
No comments:
Post a Comment
Luahan Hatimu :-