Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

My Followers..

Thursday, 31 January 2013

Pindah...



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Apa khabar sahabat blogger sekalian? Alhamdulillah, aku sihat ja. Kalau x sihat, buat buat sihat je lah.. hahaha! x de lah, merapu je ni. okay! berbalik kepada tajuk di atas yang tertulis PINDAH. Haa..siap di'bold' lagi. Sapa yang nak pindah or dah pindah tu? Alahh.. kecoh arr korang ni. aku malas gila nak cerita.. buat x tau sudah lah ekk? hee~

aku tengah malas nak tulis panjang panjang ni.. insyaAllah, nanti ada masa aku post yang lain pulak okay?

ehh, pendek sangat lah post kali ni.. ada aku kesah? hahaha!

Selamat belajar! :p assalamualaikum..

Friday, 4 January 2013

Welcome 2013 !


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. apa khabar wahai kawan-kawan blogger sekalian? wah..wah.. berseri-serinya! almaklumlah..dah masuk tahun baru kan. aku ni ketinggalan sikit.. orang post hari first tahun baru. kalau boleh tepat tepat kui 12 malam.. aku ni dah terlajak sampai 4 hari.. haha! abaikan..

Sekarang ni, aku dah jadi budak form 4... so, secara automatik, aku dah besaq. kena jadi 'budak' a.k.a anak dara yang lebih matang.. =.=' x boleh duk merengek macam budak kecik, buat malu ja! hahaha!

Nak belajaq pun kena fokus.. satgi orangnya ada dalam kelas, fikiran melayang sampai negara China dah.. kecoh lah kalau macam tu. x pasai satgi, semua hancuss.. ishh..ishh..ishh.. nanti sapa susah? diri sendiri gak susah. betul tak? bila nek form 5, blurr ja.. haha! adehh.. kelas akaun walaupun subjek killer dia 3 ja..tapi naya ooo.. subjek dia boleh membunuh aku! huhuhu.. prinsip perakaunan, sepatah haram apa pun aku x tau. macam mana nak tau, belajaq pun dak gi.. muahaha! add math.... haa! yg ni memang TERLEBIH naya arr! bahasa arab tinggi.... perghh! mampuih dah!

Hmm...umur makin meningkat, benda yang perlu dipelajari pun makin banyak. You Can Do It..! cewahh!

sorry lah, entri untuk hari ni pendek sikit.. tengah blurr..x tau nak tulis apa. hahaha! baru bukak sekolah, homework dah ada pada hari first.. memey terbaik arh! dengan x start belajaq gi, dh kena wat nota.. apa ke hal?

Saturday, 29 December 2012

Abaikan dia...


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... apa khabar wahai kaum kerabat blogger sekalian? Kejap ekk.. aku nk 'bersihkan' blog ni kejap.. almaklumlah...dah lama tinggal 'anak' aku nihh. so, dia kotor sikit lah. berhabuk.. hehehe.. fuhhhh...fuhhh.. haa! dh bersih pun, berkilat lagi. aku wax kan dia sikit. haha! x de lah, merapu je nih. nak cerita pasal ape ya? x dak story yg menarik lah..

It just, result PMR dh dapat. hmmm...x de lah pandai mana pun. 9A pun x dapat. tapi, alhamdulillah....aku dpt stay kat sekolah yg aku belajar selama 3 tahun. aku dapat masuk kelas akaun.. haishhh... nampaknya, aku terpaksalah lupakan cita-cita aku nk jadi dokter. huhuhu.. nak buat macam mana kan? x apa, aku redha je.. tapi kan....x kan aku nk jadi akaunten kot? haha! aku lemah sungguh bab2 mengira ni.. kalau masuk kelas akaun tapi nanti habis belajar jadi chef, apa jadi ek? hahaha! weird....

Weyh...apa yang aku cerita ni? tajuk atas lain, isi cerita lain.. aku ni dh bengong ka apa? =.="

Abaikan dia.... hmm, abaikan siapa? rilek, rilek... aku akan cerita. satu satu lah nohh..

Tahun depan, aku duk kelas 4AF or nama 'saintifik'nya ialah 4 Al-Farabi.. kelas akaun IT agaknya. aku baru ingat nk tukaq sekolah tahun depan... ye lah, aku sebenarnya nak larikan diri daripada belajar bahasa arab tinggi.. dengar cerita, bahasa arab tinggi lagi susah daripada yg aku dok belajar selama ni iaitu bahasa arab komunikasi.. haishh... naik Form 4 ja, adalah subjek baru yg perlu dipelajari. contohnya....matematik tambahan, matematik moden, syariah, fizik, kimia, biologi dan banyak lagi lah! x larat aku menyebutnya. haha! well...masa pantas berlalu, umur makin meningkat. so, secara automatik benda yg perlu kita belajar pun semakin banyak.. betul x??

Haishh... *mengeluh* entah lah.. *mengelamun kejap* okay..dah, dah! jangan duk buat muka sedih kat sini... burok rupanya!

Berbalik kepada tajuk diatas... korang agak-agak lah kan, siapa? hahaha! misteri nusantara nihh.. :p korang nak siasat ke? x payahlah... buang tenaga aje. korang nak paksa aku pun, aku x kan bagitau siapa 'dia' itu... muahaha! hantu je lah, korang x kenal.. 

Okay, sekarang ni aku cuma nak bagitau yg aku dah malas nak fikir pasal 'dia'. Now, I want to concentrate on my study.. aku nak siap-siapkan keperluan berperang pada tahun 2014. yes, aku tau masih awal lagi nak bersiap sedia.. tapi, aku jenis yg kadang-kadang belajar dengan cincai ja.. hahaha! mengaku pun! sebab tu, result PMR aku x berapa baik.. huhuhu... sedih gila bila memikirkan balik saat ambik result. aku menyesal sbb x buat yg terbaik.. huaaa!!

Kalau dia stay kat sekolah tu sekali pun, aku x nak hiraukan buat masa ni.. dalam kelas nanti, aku nak belajar, belajar and belajar. FOKUS!

Siapalah aku kan..? aku perlu lupakan cinta angan-angan yg mustahil berlaku tu.. *mulalah buat ayat pasrah* hahaha! aku ni bangang kan.. haiii...

Nahh! the last word for YOU.. apa-apa pun, GOOD LUCK n ALL THE BEST! belajar rajin-rajin.. bukan macam aku ni haa.. aku selalu doakan hg weyh. aku tau aku x layak..


Ingat ayat ni ya... :)

Aku dah x tau nak cakap apa lagi..... see you after 3 years. InsyaALLAH.. aku akan lupakan hg. kalau boleh.. kalau x boleh, aku akan sibukkan diri aku sampai aku langsung x ingatkan hg. Salam Perpisahan.. *cewahh!*

Assalamualaikum..





Tuesday, 16 October 2012

Selamat Hari Kemerdekaan calon PMR..!


Fuhh.. wahh! sudah berhabuk dehh.. kejap, aku nak pi ambik vacuum, kain pengelap dengan spray. perghh, dekat 3 bulan jugak lha aku x update blog.. lama tuhh. pecah rekod hidup aku.. haha. oke, sekarang nie nak citer pasal 'hari kemerdekaan'.. aku tau, merdeka dah pun lepas pada 31 Ogos yg lalu. tapi yang ni hari kemerdekaan untuk calon PMR 2012.. lepas ni, bebas untuk buat apa saja lah kan? no, no, no.. belum tentu lagi cek oii..

Before that, setengah sekolah habis semalam iaitu pada 15/10/2012. ye lah, mana depa ambik subjek bahasa arab.. setengah sekolah, hari ni baru bebas. macam aku.. haha. well, that is not important. now, tunggu buat aktiviti dekat sekolah selama 2 minggu. lepas tu cuti..! yayy!! (jadi kanak-kanak ribena kejap..)


Well, SBP dah mintak, Sekolah Teknik pun dah mintak, nak mintak MRSM  plak ka? huhh.. penat arhh.. nanti lah aku fikir pasal MRSM plak. bestnya dia pilih SBP sama dengan orang tu kan? maklumlah, x boleh nak berpisah lah katakan.. 24 jam kalau boleh nak berkepit. tolong lha..! ni nak pi belajar ka nak pi duduk sekali macam orang baru kahwin? sampai SBP pun kena rancang, dua-dua orang mintak tempat yang sama.. please..~

aku mintak SBPI Kubang Pasu je.. malas nak pi jauh2. bukan x sampai hati nak duduk jauh, tapi ada sebab lain. Sekolah Teknik mintak Sungai Petani 2.. pilihan pertama, of koz lah bakeri..! yang kedua tu, x perlu tahu sangat.


Yes, inilah yang ku cari-cari.. BELIEVE! PERCAYA! Kalau x rabun, sila baca ayat bawah sekali..
" I believe in God even if He is silent " Faham x maksud dia? kalau x faham, cuba fikir-fikirkan oke.. :-)

Once again, 'Selamat Hari Kemerdekaan!' haha..!


Saturday, 22 September 2012

Happy Birthday !



Hari ini bertarikh 22/09/2012, aku nak ucap Happy Birthday kepada ...tuutttt... aku malas lah nak post dekat muka buku.. sorry ekk. ermm, aku harap hang jadi budak baik kay. aku tau hari ni bufday hang, jangan ingat aku x tau pulak.. aku ingat bufday hang sampai bila2 tau ! may allah bless you my dear, gud luck for PMR..

aku x tau lah nak cerita macam mana.. lain kali lah aku bagi hadiah ek. hehe.. apa2 pun, Happy Birthday Hero (wekk..!)

Sunday, 22 July 2012

Kawan.. :)


Hari ni baru hari ke-2 puasa.. entah kenapa kan, tetiba ja aku nak cerita pasal hang. macam mana aku nak mulakan cerita nihh.. macam mana aku boleh kenal hang ek..? tanpa diduga aku kenal hang.. kan..? inilah jodoh, Allah temukan kita untuk menjadi kawan. hang suka x kita jadi kawan selama nihh? kalau suka, alhamdulillah.. kalau x, kita boleh perbaiki lagi segala perselisihan faham. kita boleh mengenali diri masing2 dengan lebih dekat.

Aku harap sangat2 hubungan kawan kita akan berkekalan sampai bila2.. insyaallah, aminn... memandangkan hang kawan aku, aku nak cerita sikit pasal hang. aku harap hang x kisah.. :) Walaupun hang bukan satu sekolah dengan aku time sekolah rendah, tetapi kita berjumpa time kita dekat sekolah menengah. hari pertama dekat dalam kelas, aku rasa aku cuma budak tunggul kayu aje.. lepas tu hang mai sebelah aku, tanya tempat duduk sebelah aku ni ada orang x. aku cakap x ada, kalau nak duduk duduk je lah.. hang pun duduk. hang tanya nama aku, aku jawab.. lepas tu, aku mula kenal hang pulak. hang lah kawan pertama aku time form 1.. hang tau x pasal nihh..? 

walaupun sekarang ni kita dah form 3, dah nak ambik PMR pun, dan walaupun aku ada ramai kawan..tapi aku nak hang tau, hang lah kawan terbaikk aku! aku sayang hang weyh..! aku sayang hang sangat2..(alamak..aku dah nangis lah) x apa, aku nangis pun untuk kebaikan jugak.. selama kita jadi kawan, kita sama2 kongsi masalah, suka, duka, ketawa, gosip (oppss..) dan macam2 lagi lah. hang selalu ada di samping aku ketika aku selalu mengalami kesusahan. hang suka tolong aku.. aku akan ingat jasa hang, kawan..

pantasnya masa berlalu, kita dah masuk form 2.. kali ni, kita x sekelas. aku sedih..sedih sangat. tapi x apa, kita masih lagi berjumpa kan. kita selalu rehat sama2.. kalau hang terlupa bawa duit, aku belanja. tapi, x mengapa. berapalah sangat aku belanja hang hari tu dengan nak dibandingkan dengan hubungan kawan kita.. time form 2, aku kenal dengan sorang budak nihh. aku cerita dekat hang yang aku suka dia.. hang pun dengar ja cerita aku tuh. hang memang pendengar yang setia. hang x pernah mengeluh.. hang selalu pesan dekat aku, fikirkan pasal belajar dulu. hang ada cakap dekat aku, walaupun aku suka dia tetapi jangan melebih-lebih. aku ingat pesanan hang tuhh. terima kasih kawan... hang sangat ambil berat tentang aku.

bila masuk form 3, kita masih lagi berkawan.. macam biasa, walaupun x sekelas tapi kita masih lagi berjumpa. aku cuma nak bagitau dekat hang, aku saayyaannggg...hang sangat2..! teruskan menjadi kawan aku ya! ILY.

Wednesday, 4 July 2012

Kem Form 3


Kem Form 3... hurmm, apa yang bestnya? oppsss.. sebelum itu, kami bebudak form 3 terlibat dengan kem pada 13-15 Julai nanti. Buat dekat Sik, Kedah.. semua budak form 3 WAJIB pergi! dan yang bestnya, cikgu dekat sekolah semua ikut..! kalau ada 70 org cikgu, 70 tulah ikut.. kmi pergi hari jumaat petang pukul 3, sampai dalam  pukul 4.30 ptg.. malam tu dalam pukul 9.15 ada ceramah jati diri pelajar. esok pulak lepas solat subuh, sarapan dengan senaman apa semua, ada...... guess what? jungle tracking lah! siap dengan kawad pulak tuhh.. aduhh.. habis semua, bila dah makan, solat dan lain2, ada aktiviti kumpulan pulak untuk subjek english.. pada sebelah malam ada aktiviti kumpulan untuk subjek bahasa arab..! wow..! interesting.. pada hari last, pagi2 lagi dah ada qiamullail.. selepas solat subuh, ada tazkirah, sarapan, senaman dan bla..bla..bla...ada kawad kaki lagi sekali. perghh! berapa kali kena kawad ni? putus kaki nanti. selepas tu, habis ja kemas, makan, baru balik..

agak mencabar jugak lah kem nihh.. jungle tracking tu macam mana nanti? haishh.. apa2 pun, insyaallah, kem ni akan berjalan dengan lancar. aminn... doakan keselamatan kami semua apabila di sana nanti ekk. nanti kalau ada gambar, aku post lagi. hehe..

sampai di sini dahulu ya, jumpa lagi..