Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

My Followers..

Sunday, 22 July 2012

Kawan.. :)


Hari ni baru hari ke-2 puasa.. entah kenapa kan, tetiba ja aku nak cerita pasal hang. macam mana aku nak mulakan cerita nihh.. macam mana aku boleh kenal hang ek..? tanpa diduga aku kenal hang.. kan..? inilah jodoh, Allah temukan kita untuk menjadi kawan. hang suka x kita jadi kawan selama nihh? kalau suka, alhamdulillah.. kalau x, kita boleh perbaiki lagi segala perselisihan faham. kita boleh mengenali diri masing2 dengan lebih dekat.

Aku harap sangat2 hubungan kawan kita akan berkekalan sampai bila2.. insyaallah, aminn... memandangkan hang kawan aku, aku nak cerita sikit pasal hang. aku harap hang x kisah.. :) Walaupun hang bukan satu sekolah dengan aku time sekolah rendah, tetapi kita berjumpa time kita dekat sekolah menengah. hari pertama dekat dalam kelas, aku rasa aku cuma budak tunggul kayu aje.. lepas tu hang mai sebelah aku, tanya tempat duduk sebelah aku ni ada orang x. aku cakap x ada, kalau nak duduk duduk je lah.. hang pun duduk. hang tanya nama aku, aku jawab.. lepas tu, aku mula kenal hang pulak. hang lah kawan pertama aku time form 1.. hang tau x pasal nihh..? 

walaupun sekarang ni kita dah form 3, dah nak ambik PMR pun, dan walaupun aku ada ramai kawan..tapi aku nak hang tau, hang lah kawan terbaikk aku! aku sayang hang weyh..! aku sayang hang sangat2..(alamak..aku dah nangis lah) x apa, aku nangis pun untuk kebaikan jugak.. selama kita jadi kawan, kita sama2 kongsi masalah, suka, duka, ketawa, gosip (oppss..) dan macam2 lagi lah. hang selalu ada di samping aku ketika aku selalu mengalami kesusahan. hang suka tolong aku.. aku akan ingat jasa hang, kawan..

pantasnya masa berlalu, kita dah masuk form 2.. kali ni, kita x sekelas. aku sedih..sedih sangat. tapi x apa, kita masih lagi berjumpa kan. kita selalu rehat sama2.. kalau hang terlupa bawa duit, aku belanja. tapi, x mengapa. berapalah sangat aku belanja hang hari tu dengan nak dibandingkan dengan hubungan kawan kita.. time form 2, aku kenal dengan sorang budak nihh. aku cerita dekat hang yang aku suka dia.. hang pun dengar ja cerita aku tuh. hang memang pendengar yang setia. hang x pernah mengeluh.. hang selalu pesan dekat aku, fikirkan pasal belajar dulu. hang ada cakap dekat aku, walaupun aku suka dia tetapi jangan melebih-lebih. aku ingat pesanan hang tuhh. terima kasih kawan... hang sangat ambil berat tentang aku.

bila masuk form 3, kita masih lagi berkawan.. macam biasa, walaupun x sekelas tapi kita masih lagi berjumpa. aku cuma nak bagitau dekat hang, aku saayyaannggg...hang sangat2..! teruskan menjadi kawan aku ya! ILY.

Wednesday, 4 July 2012

Kem Form 3


Kem Form 3... hurmm, apa yang bestnya? oppsss.. sebelum itu, kami bebudak form 3 terlibat dengan kem pada 13-15 Julai nanti. Buat dekat Sik, Kedah.. semua budak form 3 WAJIB pergi! dan yang bestnya, cikgu dekat sekolah semua ikut..! kalau ada 70 org cikgu, 70 tulah ikut.. kmi pergi hari jumaat petang pukul 3, sampai dalam  pukul 4.30 ptg.. malam tu dalam pukul 9.15 ada ceramah jati diri pelajar. esok pulak lepas solat subuh, sarapan dengan senaman apa semua, ada...... guess what? jungle tracking lah! siap dengan kawad pulak tuhh.. aduhh.. habis semua, bila dah makan, solat dan lain2, ada aktiviti kumpulan pulak untuk subjek english.. pada sebelah malam ada aktiviti kumpulan untuk subjek bahasa arab..! wow..! interesting.. pada hari last, pagi2 lagi dah ada qiamullail.. selepas solat subuh, ada tazkirah, sarapan, senaman dan bla..bla..bla...ada kawad kaki lagi sekali. perghh! berapa kali kena kawad ni? putus kaki nanti. selepas tu, habis ja kemas, makan, baru balik..

agak mencabar jugak lah kem nihh.. jungle tracking tu macam mana nanti? haishh.. apa2 pun, insyaallah, kem ni akan berjalan dengan lancar. aminn... doakan keselamatan kami semua apabila di sana nanti ekk. nanti kalau ada gambar, aku post lagi. hehe..

sampai di sini dahulu ya, jumpa lagi..

Monday, 2 July 2012

Cita-cita!







Hello eblibadi.. hehe. Tajuk kat atas ialah cita-cita.. kenapa tetiba ja aku nak citer pasal benda nihh? ye lah, bukannya sbb apa pun. cuma nak bersedia dengan awal bab2 yg macam nihh.. mak aku cakap, dari aku kecik lagi aku teringin sangat2 nak jadi doktor. tapi kan, aku rasa macam x yakin aku boleyh jadi doktor suatu hari nanti..

aku x yakin sbb aku bukannya budak sains. tapi, kalau 'dia' jadi doktor, aku yakin sangat2 sebab dia memang original budak sains. hehe.. nanti bila dah habis PMR, aku nak ambil apa? sains ke? erkk.. no way! mak aku cakap, sains tu tahap kepayahan dia agak mencabar jugak larhh.. waaaa! seram.. habis tu nak ambik account? lagi lahhh... buntu2! habis tu, macam mana aku nak jadi doktor kalau macam ni lah keadaannya?? help me...!!

kalau nak jadi doktor, kena tau macam2. jenis2 penyakitlah, jenis ubatlah, itulah, inilah.. macam2 lagi lah! haishh.. jenuh2.. tapi, aku akan tetap terus berusaha untuk mencapai cita-cita aku yang dari kecik lagi. iaitu dengan menjadi seorang doktor..! insyaallah, boleh.. so, kalau korang ada cita-cita tapi x yakin dengannya, apa yang penting sekali ialah usaha, doa dan tawakal.